Kata Alu-aluan
Pengarah AWAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Awal School - satu wadah untuk memartabatkan ilmu-ilmu dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, Keibubapaan, Kesihatan & Kesejahteraan, dan Pendidikan Islamika di Nusantara. Semoga usaha kami dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh ibu bapa dan para pendidik.

Terima kasih.

Dr Anita
Dr. Nor Anita binti Megat Mohd Nordin

Keistimewaan Awal School

  • Online

    Kesibukan bukan lagi penghalang untuk menimba ilmu. Ibu bapa dan para pendidik dapat mengikuti kursus-kursus yang berkualiti secara dalam talian (online) di tempat sendiri, sesuai dengan masa masing-masing.

  • Lengkap

    Semua kursus bagi kaedah-kaedah pendidikan Awal dan Awal Islamika kini dihimpunkan secara lengkap di Awal School. Ibu bapa dan para pendidik juga dapat mengikuti kursus-kursus pendek yang disediakan secara percuma.

  • Pengiktirafan

    Awal School sedang merangka kerjasama dengan beberapa institusi pendidikan awam dan swasta untuk menyediakan kursus-kursus yang diiktiraf. Sijil-sijil pengiktirafan bakal dikeluarkan oleh institusi-intitusi berkenaan.

Apa yang Bakal Diperoleh?

Tidak rugi mendaftar di Awal School kerana banyak bahan pendidikan yang bakal diperolehi.

  • Video Kursus

    Format kursus adalah rakaman video pembimbing utama menyampaikan pelatihan. Video ini boleh ditonton berulang kali agar peserta lebih faham dan dapat diulangkaji.

  • Nota & Lembaran Kerja

    Nota-nota dan lembaran kerja disediakan untuk rujukan peserta. Terdapat juga bahan-bahan yang dapat dimuat turun untuk diberikan kepada anak-anak / murid-murid.

  • Sijil Digital

    Sijil digital akan diberikan kepada peserta yang telah berjaya menamatkan kursus. Hanya persijilan institusi / universiti akan dianugerahkan sijil bercetak.

Jana Pendapatan bersama Awal School

(Klik banner untuk menjana pendapatan bersama Awal School)

Daftar Segera!

Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran anda melalui kursus-kursus terbaik yang ditawarkan oleh Awal School.

Apa Kata Mereka?

Pn. Nani

Penulis Freelancer & Ibu kepada Dua Cahaya Mata

Sebuah platform pembelajaran atas talian yang sangat informatif dan efektif untuk ibu bapa praktikkan bersama-sama dengan anak. Kaedah pembelajaran Matematik juga mudah difahami dan menarik untuk si cilik. Paling penting, sangat fleksibel kerana mudah diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

En. Hamdi

Pereka Grafik & Seorang Bapa

Saya mengikuti kursus online di Awal School untuk mengajar anak saya membaca Bahasa Melayu. Kursus yang dikendalikan begitu praktikal dan mudah untuk difahami oleh bapa seperti saya.

Pn. Nani

Penulis Freelancer & Ibu kepada Dua Cahaya Mata

Kursus MERANCANG JADUAL WAKTU TADIKA yang ditawarkan bukan sahaja sesuai untuk guru tadika, malah sangat kondusif diaplikasikan untuk ibu seperti saya yang memilih untuk mengajar sendiri anak berusia 5 tahun di rumah. Perkongsian yang sangat bagus kerana saya memperoleh ilmu untuk menyusun jadual pembelajaran anak dengan lebih sistematik sekali gus menjadikan sistem pembelajaran di rumah lebih efisien dan efektif. Penyampaian oleh Cikgu Syamizan juga mudah difahami dan tidak membosankan. Tahniah dan terima kasih AWAL SCHOOL kerana menawarkan kursus yang sangat berguna kepada semua pihak.

Pn. Hadibah

Tadika Cilik Bestari

Saya suka video MUDAHNYA ANAK MEMBACA BAHASA MELAYU yg menggunakan buku CEPAT BACA. Kaedah fonik & kata kunci membantu murid supaya cepat ingat serta mudah mengecam perkataan dan seterusnya cepat membaca.

Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy

Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi UKM

KURSUS PENDIDIKAN SEKSUALITI KOMPREHENSIF ~ Bimbingan seksual amat penting dalam pendidikan anak-anak remaja, terutamanya pada zaman berleluasanya pengaruh media sosial. Saya percaya kursus yang dipimpin oleh Prof Dr Harlina ini akan berupaya memberi impak positif kepada golongan remaja kita hasil gabungan mantap perspektif sains kesihatan moden dengan unsur moral dan spiritual.

Pn. Naadira Zulkarnain

A Mommyprenuer, and a Homeschooling Mom to 3 young kids

KURSUS PENDIDIKAN SEKSUALITI KOMPREHENSIF ~ What a timely course offered to Muslim parents, especially in our current new norm where we rely heavily on the internet as a source of communication, entertainment, and education, which has been heighten by the arrival the Covid19 virus. As a mother of 3, I constantly worry over unlimited access of the digital world which comes with all sorts of contents made easily avalaible to all. The struggle to tackle sex education becomes difficult and overwhelming.
Thankfully, this course addresses useful and practical ways to tackle sex education with children at every age level. The course outlines the framework of this vast topic in a bite-size and digestible way. The mini lessons are clear and concise, which helps with an occupied parent like me.
What I appreciated most were the insights given to the age appropriate content and methods to teach this topic to children of different age groups. I only wish there were more Freedownloads to resources to help busy parents like me teach the different aspects of this topic. Congratulations to the Awal Team for a big endevour!