Kata Alu-aluan
Pengarah AWAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Awal School - satu wadah untuk memartabatkan Pendidikan Awal Kanak-kanak di negara kita. Semoga usaha kami dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh ibu bapa dan para pendidik.

Terima kasih.

Dr Anita
Dr. Nor Anita binti Megat Mohd Nordin

Keistimewaan Awal School

  • Online

    Kesibukan bukan lagi penghalang untuk menimba ilmu. Ibu bapa dan para pendidik dapat mengikuti kursus-kursus yang berkualiti secara dalam talian (online) di tempat sendiri, sesuai dengan masa masing-masing.

  • Lengkap

    Semua kursus bagi kaedah-kaedah pendidikan Awal dan Awal Islamika kini dihimpunkan secara lengkap di Awal School. Ibu bapa dan para pendidik juga dapat mengikuti kursus-kursus pendek yang disediakan secara percuma.

  • Pengiktirafan

    Awal School sedang merangka kerjasama dengan beberapa institusi pendidikan awam dan swasta untuk menyediakan kursus-kursus yang diiktiraf. Sijil-sijil pengiktirafan bakal dikeluarkan oleh institusi-intitusi berkenaan.

Apa yang Bakal Diperoleh?

Tidak rugi mendaftar di Awal School kerana banyak bahan pendidikan yang bakal diperolehi.

  • Video Kursus

    Format kursus adalah rakaman video pembimbing utama menyampaikan pelatihan. Video ini boleh ditonton berulang kali agar peserta lebih faham dan dapat diulangkaji.

  • Nota & Lembaran Kerja

    Nota-nota dan lembaran kerja disediakan untuk rujukan peserta. Terdapat juga bahan-bahan yang dapat dimuat turun untuk diberikan kepada anak-anak / murid-murid.

  • Sijil Digital

    Sijil digital akan diberikan kepada peserta yang telah berjaya menamatkan kursus. Hanya persijilan institusi / universiti akan dianugerahkan sijil bercetak.

Apa Kata Mereka?

En. Hamdi

Pereka Grafik & Seorang Bapa

Saya mengikuti kursus online di Awal School untuk mengajar anak saya membaca Bahasa Melayu. Kursus yang dikendalikan begitu praktikal dan mudah untuk difahami oleh bapa seperti saya.

Pn. Mia

Pengusaha Tadika Kismis Minda

Saya sangat berpuas hati dengan kursus-kursus online di Awal School. Guru-guru tadika saya kini lebih terlatih kerana dapat mengulangkaji kembali video kursus jika ada yang tidak difahami.