PENGENALAN


Buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi Siri 1 ini sesuai untuk menjadi rujukan remaja di sekolah menengah. Siri ini mengandungi satu bab tentang pengenalan Ulum Hadis dan pengenalan Mustalah Hadis. Hal ini supaya para pembaca dapat memahami secara umum asas-asas berkaitan hadis. Bab-bab seterusnya adalah syarah hadis 40 Imam Nawawi bermula hadis 1 hingga hadis 7. Hadis-hadis seterusnya akan disambung di dalam siri yang lain sehinggalah sempurna Hadis 40 Imam Nawawi.   

Dalam menghasilkan siri buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi ini, panel penyusun telah merujuk penulisan-penulisan seperti berikut :-

1 - AL-WAFI, Syarah Kitab Arbai’in An-Nawawiah oleh Dr. Musthafa Dieb Al-Bugha & Muhyiddin Mistu.

2 - SYARAH HADIS 40 AL-NAWAWIYYIAH oleh Zulhilmi Mohamed Nor, Mohd Yusuf Ismail, Amiruddin Mohd Sobali, Ahmad Sanusi Azmi. 

3 - HADITH 40 Terjemahan dan Syarahnya oleh Mustafa ‘Abdul Rahman.

4 - Asas Kenali HADIS SAHIH, DHAIF DAN PALSU oleh Dr. Shayuthy Bin Abdul Manas. 

5 - الحديث النبوي كمصدر الحكم  oleh Mohd Yusuf Ismail. 

6 - DISKUSI ISU AQIDAH DAN PEMIKIRAN SEMASA DI MALAYSIA oleh Mohd Aizam Bin Mas’od.

7 - BAYAN LINNAS PENJELASAN ISU-ISU SEMASA (Jilid 1-3) oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-bakri. 


KANDUNGAN

  1. 1
    • Pendahuluan

    • Isi Kandungan

  2. 2
    • Pelajaran 1 - Pengenalan Ulum Hadis

    • Pelajaran 2 - Hadis 1 - Ikhlas

    • Pelajaran 3 - Hadis 2 - Iman, Islam dan Ihsan

    • Pelajaran 4 - Hadis 3 - Rukun Islam

    • Pelajaran 5 - Penciptaan Manusia dan Ketentuan-Nya

    • Pelajaran 6 - Memerangi Kemungkaran dan Bid'ah