Tadbir Urus Profesional Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pengurusan Organisasi dan Operasi
Dalam sesebuah organisasi termasuk Institusi Pendidikan, pentadbiran dan pengurusan yang cekap dan efisien adalah amat penting. Tanpa pengurusan yang cekap, perkhidmatan tidak dapat berjalan dengan baik dalam menyempurnakan kehidupan manusia. Proses pentadbiran yang sistematik perlu diberi perhatian sama ada dalam sesebuah institusi yang besar mahupun kecil serta institusi pendidikan formal dan juga yang tidak formal.
Amalan pengurusan yang baik akan memastikan kelancaran operasi sesebuah Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak dan seterusnya menjamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak yang sememangnya menjadi matlamat utama bagi mereka yang terlibat dalam bidang ini. Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi banyak bergantung kepada pengurusan organisasi yang sistematik dan tersusun.
Kursus ini akan memberi peluang kepada pendidik dan pengusaha yang terlibat secara langsung dengan pengurusan sesebuah Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak memahami selok-belok pengurusan dan pentadbiran pusat tersebut.
1. Pengurusan Organisasi, Operasi & Rancangan Perniagaan
2. Pengurusan Berkualiti dan Kepimpinan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
3. Polisi dan Prosedur dalam Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
4. Prosedur Standard Operasi (SOP) dan Indikator Prestasi Utama (KPI) Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
5. Polisi Perlindungan Kanak-kanak
6. Program dan Perancangan Tahunan, Bulanan dan Mingguan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
7. Pentaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak
Jameyah Sheriff
Kursus ini terdiri daripada video-video pengajaran yang telah direkod terlebih dahulu. Jadi, peserta boleh mengikuti kursus ini mengikut kesesuaian masa sendiri.
Ya, pembeli akan dapat mengakses kursus ini selama setahun (365 hari) daripada tarikh pembelian. Oleh itu, anda boleh menonton video pengajaran secara berulang kali dalam tempoh tersebut.
Peserta boleh bertanyakan soalan dan berbincang di ruangan perbincangan yang disediakan di dalam kursus.
Ya, peserta yang telah menamatkan kursus ini akan diberikan sijil digital. Nama di dalam sijil akan mengikut nama yang telah diisi semasa pendaftaran Awal School.
Pembeli boleh membuat pembayaran menggunakan debit atau kredit kad. Langkah-langkah pembayaran sangat mudah. Ikuti langkah-langkahnya di link Cara Pembayaran